ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Jun 2022.

1. China berjaya lancar kapal angkasa Shenzhou-14

Kapal angkasa Shenzhou-14 yang dibawa roket Long March-2F berjaya dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, tepat pukul 10.44 pagi Ahad.

2. Gempa bumi sederhana landa Papua, Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Papua, Indonesia pada jam 4.29 petang tadi.

3. Kabinet Singapura | Lawrence Wong dilantik menjadi TPM Singapura

Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong dilantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melalui laman Instagramnya mengumumkan, pelantikan Wong merupakan sebahagian daripada rombakan Kabinet yang berkuatkuasa 13 Jun ini.

4. AS, Korea Selatan uji lapan peluru berpandu

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara.

5. Perdana Menteri UK Boris Johnson berdepan undi tidak percaya malam ini

Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson sah bakal menghadapi undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen malam ini. Usul itu tercetus selepas terdapat permintaan daripada sekurang-kurangnya 54 Ahli Parlimen Tory.

6. Kes cacar monyet dikesan babitkan pengembara transit di Singapura - MOH

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun.

7. Tular: Netizen Singapura berdebat isu sebungkus ayam Malaysia berharga RM232

Pasar raya FairPrice tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan satu gambar tular yang memaparkan label harga ayam dari Malaysia yang mencecah S$72.27 atau bersamaan RM232.

8. Masalah brek: Mercedes panggil balik hampir sejuta kenderaan

Pengeluar kereta Jerman Mercedes-Benz memanggil balik hampir sejuta unit kereta model lama dari seluruh dunia susulan masalah sistem brek.

9. Jepun | Pertimbang 'hidupkan' diskaun pelancongan

Jepun sedang mempertimbang untuk meneruskan kempen diskaun perjalanan nasional sejurus akhir bulan ini untuk membantu industri pelancongan pulih daripada kemerosotan COVID-19.

10. Ratu Elizabeth II ikrar untuk terus berkhidmat

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada di atas takhta di United Kingdom (UK), pada Ahad berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat selepas sambutan 70 tahun pemerintahannya.