SINGAPURA: Belum selesai tentang kisah keluhan peniaga nasi ayam di Singapura yang terpaksa menutup operasi sementara gara-gara kekurangan bekalan ayam susulan larangan eksport Malaysia, timbul pula isu tular yang lebih ‘kecoh’ berkaitan ayam.
Pasar raya FairPrice tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan satu gambar tular yang memaparkan label harga ayam dari Malaysia yang mencecah S$72.27 atau bersamaan RM232.
Gambar itu telah tersebar luas di media sosial lantas membuat netizen Singapura saling berdebat mengenainya.
Memetik laporan portal Motherhip.sg, pasar raya FairPrice menjelaskan bahawa label harga ayam itu adalah untuk ayam kampung organik dari kaunter pengeluar Swiss Butchery.
Menurut syarikat itu, harga berkenaan adalah untuk jenis produk ayam tertentu yang tidak mewakili harga produk ayam biasa atau jenama pengeluar lain. Harga berkenaan malah bagi bungkusan dua ekor ayam, dan bukannya seekor.
“Kami menyedari tentang gambar yang dikongsi ramai dengan paparan label harga ‘SB Whole Chicken’ yang terdapat pada bungkusan produk Swiss Butchery.
“Harga untuk satu kilogram ayam kampung organik tersebut adalah S$22.50 (RM72), dan label produk juga menunjukkan berat lebih daripada 3 kilogram kerana terdapat dua ekor yang dibungkus bersama,” jelas FairPrice.
Pasar raya itu berharap pencerahan itu dapat menjawab salah faham yang terjadi susulan perkara tersebut menjadi tular.
"Oh, barulah faham. Bukan harga ayam biasa rupanya," ujar seorang pengguna media sosial tempatan. "Mesti ayam itu rasa daging wagyu!" seloroh seorang yang lainnya.
Ketika ini, Singapura berdepan krisis bekalan ayam potong kerana larangan eksport ayam yang dikuatkuasakan Malaysia. Perniagaan nasi ayam yang dianggap sebagai identiti kulinari republik itu juga 'lumpuh' akibat kekurangan bahan mentah utama tersebut.
Dengan keterbatasan keluasan tanah untuk tujuan pertanian atau penternakan, Singapura mengimport lebih 90 peratus sumber makanannya dari negara-negara lain.
Agensi
Mon Jun 06 2022
Pasar raya itu berharap pencerahan itu dapat menjawab salah faham yang terjadi susulan perkara tersebut menjadi tular. - Media sosial
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.