awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II ikrar untuk terus berkhidmat

Bernama
Bernama
06/06/2022
03:50 MYT
Ratu Elizabeth II ikrar untuk terus berkhidmat
Baginda muncul seketika di balkoni Istana Buckingham, pada Ahad sempena penutup acara seni jalanan, muzik dan karnival. - Foto AP
LONDON: Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada di atas takhta di United Kingdom (UK), pada Ahad berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat selepas sambutan 70 tahun pemerintahannya.
"Apabila bicara mengenai bagaimana untuk menandakan 70 tahun sebagai ratu anda, tidak ada buku panduan untuk diikuti....
"Tetapi saya amat terharu apabila begitu ramai orang memenuhi jalan-jalan raya bagi meraikan sambutan Jubli Platinum saya," titah baginda, lapor Xinhua.
Puluhan ribu orang memenuhi jalan-jalan di bandar raya London untuk bersama-sama meraikan sambutan itu yang turut diserikan dengan perarakan tentera, konsert dan pertunjukan kebudayaan.
Baginda muncul seketika di balkoni Istana Buckingham, pada Ahad sempena penutup acara seni jalanan, muzik dan karnival.
Ratu Elizabeth II tidak menghadiri upacara kesyukuran di Katedral St. Paul pada Jumaat dan konsert serta pertunjukan cahaya di luar Istana Buckingham pada Sabtu.
"Meskipun saya tidak dapat hadir secara peribadi pada setiap acara, hati saya sentiasa bersama anda semua; dan saya tetap komited untuk berkhidmat kepada anda sebaik mungkin, dengan sokongan keluarga saya," kata Ratu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#terus berkhidmat
#jubli platinum
#Istana Buckingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan