Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 9, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Jun 2022.
1. Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang
Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu.
2. COVID-19 | Sub-varian BA.4, BA.5 Omicron bentuk 13% varian di A.S - CDC
Sub-varian BA.4 dan BA.5 Omicron dianggarkan membentuk hampir lima peratus dan lapan peratus daripada varian coronavirus di Amerika Syarikat pada 4 Jun.
3. Cacar Monyet | Lebih 1,000 kes telah dikesan di luar Afrika - WHO
Terdapat lebih daripada 1,000 kes cacar monyet dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di luar negara Afrika.
4. Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur
Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo.
5. Thailand upah banduan bersihkan pembetung
Kira-kira 1,000 banduan akan diupah untuk membersihkan pembetung di Bangkok mulai 1 Julai dalam usaha mengatasi masalah banjir di kawasan rendah di bandar raya itu ketika musim hujan.
6. Pentadbiran | Korea Utara tumpu isu hal ehwal negara, COVID-19
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengadakan persidangan bagi mengkaji semula hal ehwal negara termasuk penularan COVID-19.
7. Nahas | Kemalangan 8 treler di AS, jumlah korban belum dikenal pasti
Beberapa mangsa dilaporkan terbunuh dalam kemalangan melibatkan lapan treler dan tiga kenderaan lain di Interstate 30 di Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
8. Bunga Citra Lestari rakam ucapan takziah atas pemergian Eril
Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari merakamkan ucapan takziah susulan pemergian anak Gabenor Indonesia, Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih dikenali dengan pangilan Eril yang dikhuatiri lemas di Sungai Aere, Switzerland.
9. Perbicaraan kes rasuah Blatter, Platini ditangguh sehari
Perbicaraan bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, telah ditangguhkan sehari selepas Blatter berkata dia terlalu uzur untuk memberikan keterangan.
10. Global | Bertemu cinta pertama setelah 70 tahun terpisah
Stesen tv di Omaha, Nebraska, merakamkan pertemuan semula seorang veteran perang Korea dari Woodbine, Iowa, dan cinta pertamanya, selepas 70 tahun terputus hubungan.
#Nigeria #COVID-19 #WHO #cacar monyet #Indonesia #Borobudur #Thailand #Korea Utara #AS #Amerika Syarikat #angka korban #Bunga Citra Lestari #Emmeril Kahn Mumtadz #FIFA #Michel Platini #Sepp Blatter #UEFA #Korea #Omicron #Switzerland