ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Jun 2022.

1. Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19

Dr Anthony Fauci, ‘wajah’ di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya ‘kecundang’ selepas disahkan positif COVID-19.

2. Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales - meningkatkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa.

3. 770 juta orang dewasa buta huruf di seluruh dunia - UNESCO

Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita.

4. COVID-19: Pelancong ke Jepun wajib pakai pelitup muka

Pelancong yang tiba di Jepun berisiko dihantar pulang jika gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan membeli insurans kesihatan persendirian.

5. Cacar monyet: WHO teliti laporan virus dikesan dalam air mani

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang meneliti laporan menyebut virus cacar monyet dikesan dalam air mani pesakit, sekali gus meneroka kemungkinan penyakit itu boleh berjangkit menerusi aktiviti seksual.

6. COVID-19 | Pelitup muka tidak wajib di lapangan terbang

Kerajaan Australia sahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang. Bagaimanapun, pelitup muka masih perlu dipakai ketika berada di dalam pesawat.

7. Cuaca Panas | 'Bahang panas' melanda Sepanyol

Amaran cuaca panas turut menjengah Sepanyol. Suhu panas dijangka terus meningkat sehingga mencecah 40 darjah celcius di beberapa kawasan negara itu termasuk di ibu kotanya, Madrid.

8. Langkah Pencegahan | Jepun integrasi pusat kawalan dan pencegahan penyakit negara

Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata, pusat ini akan berperanan mengintegrasikan pejabat pengurusan krisis yang terdapat di pelbagai lokasi di negara itu.

9. Kabinet Indonesia | Jokowi buat rombakan kecil Kabinet

Presiden Indonesia Joko Widodo melantik Zulkifli Hasan sebagai Menteri Perdagangan yang baharu, susulan kritikan orang ramai terhadap langkah kurang berkesan yang dilaksana Muhammad Lutfi dalam menguruskan bekalan minyak masak domestik baru-baru ini.