ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Jun 2022.

1. Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19

Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith mendedahkan bahawa wilayah itu sedang berdepan ancaman gelombang jangkitan COVID-19.

2. Perang Rusia-Ukraine: Australia jamin jadi pembekal makanan kepada Malaysia

Australia memberi jaminan akan terus menjadi pembekal makanan kepada Malaysia berikutan gangguan rantaian bekalan global susulan Perang Rusia-Ukraine.

3. Putin terima jemputan hadiri persidangan G20 di Indonesia

Presiden Rusia Vladimir Putin telah menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada November, menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov pada Isnin.

4. Penghijrahan, kepadatan cabaran kehidupan mapan di Selangor

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri menjadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama dengan berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.

5. Pakistan minta Twitter pulihkan empat akaun diplomatik tidak boleh diakses di India

Kementerian Luar Pakistan memaklumkan akaun yang disekat di India termasuk akaun rasmi misi diplomatiknya di Mesir, Iran, Turki dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

6. Kecoh selepas polis India tahan pengasas bersama Alt News

Wartawan dan organisasi media membidas tindakan anggota polis Delhi yang menahan wartawan Mohammed Zubair, selaku pengasas bersama laman sesawang semak fakta Alt News, pada Isnin susulan hantaran lamanya di media sosial.

7. Detik syahdu ayah kendong anak berjaya hafaz al-Quran

Melihat anak yang diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang meraih kejayaan sudah cukup menghilangkan penat dan lelah orang tua.

8. 1 maut, 11 terperangkap dalam runtuhan bangunan di Mumbai

Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 11 lagi terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai, India pada Isnin malam.

9. Gempa Afghanistan | UNICEF kerah sumber bantu mangsa gempa Afghanistan

Afghanistan sangat memerlukan bantuan antarabangsa berikutan gempa bumi teruk minggu lalu yang mengorbankan lebih 1,100 warganya. Susulan itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah mengerahkan sumbernya untuk membantu mangsa.

10. COVID-19: Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.