awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin terima jemputan hadiri persidangan G20 di Indonesia

Bernama
Bernama
28/06/2022
07:09 MYT
Putin terima jemputan hadiri persidangan G20 di Indonesia
Format penyertaan akan dibincangkan ketika pertemuan Putin dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia pada 30 Jun. - Gambar fail
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin telah menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada November, menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov pada Isnin.
Bagaimanapun, keputusan mengenai format -- kehadiran secara peribadi atau maya -- masih belum diputuskan, Ushakov dipetik sebagai berkata dalam taklimat media di Moscow.
"Ya, kami telah mengesahkan penyertaan (Putin). Mereka telah menjemput (Presiden) ke mesyuarat secara bersemuka, tetapi masih banyak masa. Saya berharap pandemik kali ini membolehkan forum penting itu diadakan secara bersemuka," katanya.
Beliau berkata Indonesia menghantar jemputan rasmi meskipun mendapat tekanan hebat daripada negara-negara Barat, lapor Agensi Anadolu.
Format penyertaan akan dibincangkan ketika pertemuan Putin dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia pada 30 Jun.
"Kami berterima kasih kepada (Indonesia) atas jemputan itu dan menyampaikan hasrat berminat untuk mengambil bahagian. Masih banyak masa. Kita tunggu dan lihat," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#G20
#Rusia
#Jokowi
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan