MUMBAI: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 11 lagi terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai, India pada Isnin malam.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.52 malam tadi.

Seramai 12 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini, menurut laporan TV tempatan pada Selasa.

Sebanyak tujuh trak bomba, dua van penyelamat dan ambulans dikerah untuk operasi bantuan dan menyelamat.

Makluman awal daripada pihak bomba menganggarkan hampir 20 mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Difahamkan bangunan tersebut sudah usang dan notis untuk merobohkannya telah dikeluarkan sejak 2013, lapor Times of India.