Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 15, 2022 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Julai 2022.
1. Presiden Sri Lanka rasmi letak jawatan, rakyat berpesta
Speaker Parlimen Sri Lanka mengesahkan telah menerima peletakan jawatan secara rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang dikemukakan dalam surat yang dihantar melalui emel, pada Jumaat.
2. Perdana Menteri Itali Mario Draghi letak jawatan
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi umum letak jawatan, selepas rakan dalam pakatan kerajaan, Five Star, menarik sokongan mereka dalam undi percaya.
3. Anak bekas Presiden Honduras, 3 lagi ditembak mati
Anak lelaki bekas Presiden Honduras Porfirio Lobo Sosa, bersama tiga lagi lelaki maut ditembak di sini awal Khamis, menurut Polis Honduras.
4. Keganasan kumpulan jenayah memuncak, 89 terbunuh di Haiti
Sekurang-kurangnya 89 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan anatara kumpulan jenayah sejak minggu lalu di ibu negara Haiti, Port-au-Prince.
5. Bomba Perancis bergelut kawal kebakaran hutan
Kira-kira 1,000 anggota bomba dikerahkan bagi memadam kebakaran di dua lokasi di Perancis.
6. Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula hari ini
Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.
7. Jenayah Perang | Lebih 40 negara setuju bantu siasatan
Amerika Syarikat dan lebih 40 buah negara lain setuju mengkoordinasi siasatan terhadap isu jenayah perang Rusia di Ukraine.
8. Calon PM UK | Rishi Sunak dahului pemilihan
Bekas Canselor Rishi Sunak dan Penny Mordaunt mendahului pemilihan parti Konservatif untuk menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri.
9. Xinjiang kini jadi hab penting buat China - Xi Jinping
Presiden China, Xi Jinping dalam rangka lawatan kerjanya selama dua hari ke Xinjiang menyifatkan Wilayah Autonomi yang majoritinya etnik Uygur kini bukan lagi kawasan terpencil, tetapi merupakan zon dan hab penting.
10. Ivana Trump, isteri pertama Donald Trump meninggal dunia
Bekas isteri kepada mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun.
#Sri Lanka #letak jawatan #Gotabaya Rajapaksa #Itali #Perdana Menteri #Mario Draghi #Honduras #Haiti #bomba #Perancis #Hatyai #Amerika Syarikat #Rishi Sunak #Boris Johnson #Britain #Ivana Trump