ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Julai 2022.

1. Hukuman Mati | Dibuat demi kestabilan, keselamatan negara - Junta Myanmar

Pelaksanaan hukuman dibuat berdasarkan proses perundangan sewajarnya dan bukan atas sebab peribadi.

2. Gunung Berapi | Sakurajima terus keluarkan kepulan asap

Gunung berapi Sakurajima di Jepun terus mengeluarkan kepulan asap pada Rabu.

3. China, Indonesia ikrar ganding bahu ke arah komuniti berkongsi nasib

China bersedia memperkukuh sikap saling percaya yang strategik bersandarkan komuniti berkongsi nasib dengan Indonesia, kata Presiden Xi Jinping dalam rundingan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

4. China mahu tingkatkan import minyak sawit dari Indonesia

China menyatakan komitmen untuk meningkatkan import sebanyak satu juta tan metrik minyak sawit mentah dari Indonesia, kata Presiden Joko Widodo.

5. Cacar Monyet | Thailand isytihar amaran peringkat kebangsaan

Kerajaan Thailand mengeluarkan amaran cacar monyet atau 'monkeypox' peringkat kebangsaan pada Selasa.

6. Cacar monyet: Warga New York berpusu-pusu dapatkan vaksin

Peningkatan kes cacar monyet di New York City menyaksikan warganya mula berpusu-pusu mendapatkan vaksin yang boleh menghalang penyakit itu.

7. Ketegangan DR Congo: Dua tentera India berkhidmat dengan misi PBB antara terbunuh

Dua anggota tentera India yang berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (DR Congo) terbunuh dalam keganasan pada Selasa.

8. Protes anti-PBB: 3 anggota ATM di Congo selamat dipindahkan dari Goma - Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat.

9. Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024

Rusia akan meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas 2024 di tengah-tengah ketegangan dengan Barat bagi memberi tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.

10. Polis Republik Czech guna Ferrari sebagai kereta peronda

Polis di Republik Czech pada Isnin lalu menggunakan kereta sports Ferrari 458 sebagai kereta peronda untuk mengejar kenderaan curi dan membanteras perlumbaan haram di negara itu.