INTERNATIONAL
Protes anti-PBB: 3 anggota ATM di Congo selamat dipindahkan dari Goma - Hishammuddin

PBB turut mengesahkan seorang anggota pengaman dan dua polis PBB maut di Butembo, salah sebuah kawasan yang turut berlakunya protes. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Hishammuddin memaklumkan mereka telah dipindahkan dari Goma.
"Atas sebab keselamatan, lokasi dipindahkan tidak akan didedah," memetik kenyataan beliau.
Ahli Parlimen Sembrong itu pada masa sama memohon rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan anggota di sana.
Tindakan mengeluarkan anggota pengaman itu adalah susulan protes anti-PBB yang telah berlangsung selama tiga hari.
Jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut pada hari kedua protes itu.
Lima maut di Goma, dengan lebih 50 lagi cedera.
PBB turut mengesahkan seorang anggota pengaman dan dua polis PBB maut di Butembo.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami