ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Ogos 2022.
1. ASEAN beri amaran ketegangan di Taiwan boleh gugat kestabilan serantau
Badan serantau 10 negara itu memaklumkan ASEAN bersedia memainkan peranan yang konstruktif dalam memudahkan sesi dialog antara pihak terbabit.
2. Lawatan Pelosi: Sri Lanka ulangi komitmen terhadap dasar 'Satu China'
Presiden Ranil Wickremesinghe pada Khamis mengulangi komitmen Sri Lanka terhadap Dasar "Satu China" di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan.
3. Politik Peru | PM Peru letak jawatan
Perdana Menteri Peru, Anibal Torres menyerahkan peletakan jawatannya pada Rabu sekali gus meningkatkan ketidaktentuan politik di negara itu. Torres merupakan Perdana Menteri keempat di bawah pemerintahan Presiden Pedro Castillo dan mengangkat sumpah jawatan Februari lalu.
4. ASEAN gesa redakan ketegangan di Selat Taiwan
Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-55 (AMM 55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh menyuarakan kebimbangan mengenai ketegangan di Selat Taiwan, serta menyeru semua pihak terlibat untuk meredakan ketegangan menerusi dialog yang konstruktif.
5. Pasca Lawatan Pelosi | Thailand gesa semua pihak elak provokasi
Susulan ketegangan yang memuncak di Selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi. Thailand menggesa semua pihak mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman.
6. Pasca Lawatan Pelosi | Isu dibincang di Mesyuarat Menteri Luar ASEAN
Isu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke Taiwan yang mencetuskan kontroversi dijangka menjadi antara agenda perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM 55) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang sedang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.
7. Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Bekas pelatih White House, Monica Lewinsky meminta penyanyi terkenal Beyonce mengalih keluar namanya daripada lirik lagu Partition.
8. PM Peru letak jawatan, sekali lagi cetus ketidaktentuan politik
Perdana Menteri Peru, Anibal Torres menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Rabu, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan politik di negara itu.
9. 17 maut nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag di selatan Mesir pada Selasa.
10. Cacar Monyet | A.S lantik penyelaras tindak balas
Presiden Joe Biden melantik dua pegawai tertinggi persekutuan untuk menyelaraskan tindak balas terhadap cacar monyet. Ini selepas banyak negeri di Amerika Syarikat mengisytiharkan kecemasan dalam mendapatkan vaksinasi dan sumber lain bagi memerangi virus itu.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tenaga Buruh | Produktiviti buruh suku kedua meningkat 5.5 peratus
Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Apple beri amaran kelemahan sistem membolehkan iPhone, Mac digodam
Apple dalam kenyataan hari ini menggesa pengguna mengemas kini perisian pada peranti iPhone, iPad, dan komputer Mac.

Jelajah AKM Selangor buka tirai hari ini di pekarangan Stadium Shah Alam
Jelajah AKM Selangor yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang nanti.

Saham | Mampukah Malaysia kekalkan momentum bersama pelabur asing?
Prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras psikologi 1500 mata disebabkan prestasi ekonomi memberangsangkan susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua tahun ini yang diterbitkan melebihi daripada jangkaan, kata Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.

Pendakwaan sambung hujah dalam rayuan kes SRC Najib
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram membentangkan penghujahan pada 9.30 pagi ini di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Empat rumah hangus, lelaki redah api selamatkan keluarga
Cheah Wei Liang mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu itu.

Kerian Solar mula operasi, bawa Malaysia capai sasaran tenaga boleh baharu
Kerian Solar berjaya mencapai tarikh operasi komersial dalam tempoh 22 bulan selepas memulakan aktiviti pembinaan pada Oktober 2020.

DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU
Langkah itu sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui penghadang sedia ada.

Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur
Pejabat itu membantu HAL memanfaatkan peluang perniagaan baharu untuk jurulatih utama pejuang LCA dan keperluan lain TUDM.

In Realty | Hartanah yang menghubungkan lima lebuh raya utama
Segmen In Realty kali ini, Syed Farradino Omar menjenguk kediaman berbentuk Town House di selatan Lembah Klang dekat Cybersouth. Menariknya, pemilik berbeza bagi tingkat atas dan bawah, namun berkongsi satu 'courtyard' yang sama di tengah rumah. Pembangunan Casa Bayu ini lengkap dengan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang aman.

Malaysia mahu pertingkat kerjasama pelancongan di bawah Jejak ASEAN - Nancy Shukri
Kerjasama itu penting dalam usaha menarik pelancong jarak jauh bagi merancakkan kembali industri pelancongan.

Awang Tengah ketuai delegasi Kerajaan Sarawak bertemu Perdana Menteri
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memberikan taklimat kepada Perdana Menteri berkenaan Perniagaan Sarawak di ASEAN dalam Sektor Tenaga Diperbaharui.

Junta Myanmar selar sidang kemuncak ASEAN pinggir jeneral
Katanya, Myanmar sedang berusaha melaksanakan lima konsensus pelan damai yang dipersetujui blok 10 negara itu tahun lalu.

Duta Asean kagum produk pelancongan di Pahang
Pahang wajar menjadi negeri yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asean.

"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.

Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'
Saifuddin mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

Piala AFC: KL City cipta sejarah mara ke final Zon ASEAN
Kuala Lumpur (KL) City FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Zon ASEAN saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Undian rasmi Piala AFF 2022 pada 30 Ogos di Bangkok
Undian rasmi akan menyaksikan pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dengan masing-masing lima pasukan.

China ulangi sokongannya terhadap pemusatan ASEAN
China mengiktiraf dan menghormati ASEAN sebagai zon yang aman, bebas dan berkecuali, dan tidak pernah meminta ASEAN untuk berpihak.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."