awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2022
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Ogos 2022.
1. Ekonomi Thailand tumbuh 2.5 peratus suku kedua
Ekonomi Thailand tumbuh 2.5 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2022, berbanding 2.2 peratus yang direkodkan pada suku pertama, menurut Majlis Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan (NESDC).
2. India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin berkata, India mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang.
3. Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) kini berada di Taiwan bagi lawatan dua hari, di mana mereka akan bertemu dengan Presiden Tsai Ing-Wen.
4. Krisis China-Taiwan | Beijing tiada hak sekat lawatan pemimpin asing
China tidak boleh menghalang mana-mana pemimpin atau ahli politik dari negara asing untuk melawat Taiwan.
5. Polis Israel tembak mati rakyat Palestin di Baitulmaqdis
Seorang lelaki Palestin mati ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin
6. Scotland negara pertama perkenal akta basmi kemiskinan haid
Scotland menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang bagi melindungi hak mendapatkan produk sanitari percuma.
7. COVID-19 | Jangkitan di Indonesia meningkat dua kali ganda
Pasukan Petugas Pengendalian COVID-19 (SATGAS) Indonesia mengeluarkan amaran waspada selepas kadar jangkitan di negara itu meningkat hampir dua kali ganda.
8. 41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad.
9. 1 maut, 51 cedera letupan gudang penyimpanan bunga api
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 51 cedera akibat letupan di gudang penyimpanan bunga api di ibu negara Armenia.
10. Empat cedera, hartanah rosak angin kencang landa Malang, Sulawesi Selatan berisiko banjir
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan berpuluh-puluh rumah rosak akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda empat daerah di Malang, Jawa Timur, Sabtu lepas.
Topic Berkaitan
#berita antarabangsa
#Berita AWANI
#berita pilihan
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan