awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi

Bernama
Bernama
15/08/2022
11:21 MYT
India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin berkata, India mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang. - Gambar fail REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Isnin berkata, India mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang.
Modi menyampaikan ucapan itu sempena Hari Kemerdekaan, serta menyeru para belia untuk terus berusaha mencapai matlamat negara yang luhur.
"Kita mesti menjadikan India sebagai negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang," katanya.
Perdana menteri itu berkata, India akan menjadi pusat pembangunan "berpaksikan manusia" berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.
Modi menegaskan negara yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk perlu mengurangkan kebergantungan kepada negara lain untuk memperoleh bekalan tenaga dan perkilangan.
Selain daripada mencapai status negara maju, Modi turut berikrar untuk tempoh 25 tahun akan datang, sempena ulang tahun keseratus Kemerdekaan India daripada Britain, negara itu akan menyingkirkan "sebarang kesan pemikiran penjajah".
Pada masa ini India adalah sebuah negara berpendapatan rendah, dengan pendapatan per kapita sebanyak US$2,277 pada 2021, menurut Bank Dunia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#negara maju
#25 tahun
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan