awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scotland negara pertama perkenal akta basmi kemiskinan haid

Agensi
Agensi
15/08/2022
06:02 MYT
Scotland negara pertama perkenal akta basmi kemiskinan haid
Akta Keperluan Haid mula berkuat kuasa, dan pengurusan bandar raya dan pendidikan dikehendaki memastikan produk sanitari percuma kepada sesiapa sahaja. - Gambar hiasan
EDINBURGH: Scotland menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang bagi melindungi hak mendapatkan produk sanitari percuma.
Pada Isnin, Akta Keperluan Haid akan mula berkuat kuasa, dan pengurusan bandar raya dan pendidikan di Scotland dikehendaki untuk memastikan produk sanitari percuma tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Undang-undang itu, yang pada asalnya dicadangkan oleh anggota Parti Buruh, Monica Lennon, telah diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Scotland pada tahun 2020.
Lennon telah berkempen untuk menamatkan masalah kemiskinan haid sejak 2016 dan sebelum ini menyifatkan rang undang-undang itu sebagai "praktikal" dan "progresif".
"Pihak berkuasa tempatan dan organisasi rakan kongsi telah bekerja keras untuk menjadikan hak undang-undang untuk mengakses produk sanitari percuma menjadi kenyataan.
“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat di seluruh negara.
“Ini adalah satu lagi kejayaan besar yang menunjukkan perubahan yang mampu dibuat menerusi pilihan politik progresif dan berani.
"Memandangkan krisis kos sara hidup semakin meningkat, Akta Keperluan Haid adalah harapan yang menunjukkan apa sahaja boleh dicapai apabila ahli politik bersatu untuk kebaikan rakyat," kata Lennon.
Majlis bandar raya sendiri akan memutuskan sistem pengagihan yang lebih tepat, tetapi mereka mempunyai kewajipan untuk memberikan akses kepada rangkaian produk terbabit kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Sebelum ini, tampon, pad dan beberapa produk boleh guna semula diberikan secara percuma di sekolah, kolej dan universiti di Scotland.
Sejak 2017, kira-kira 27 juta pound sterling telah dibelanjakan untuk menyediakan akses kepada orang awam.
Setiausaha Keadilan Sosial, Shona Robison berkata menyediakan akses kepada produk berkenaan "adalah asas kepada kesaksamaan dan maruah, dan menghapuskan halangan kewangan untuk mengaksesnya".
Topic Berkaitan
#Scotland
#akta keperluan haid
#wanita
#miskin haid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan