ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Ogos 2022.

1. Malaysia, Thailand tingkat kerjasama pertahanan - Hishammuddin

Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan menjadi platform strategik mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

2. Lee Jae-myung dipilih Pengerusi Parti Demokratik

Kemenangan Jae-myung sebagai pengerusi Parti Demokratik menamatkan pertikaian berkaitan jawatan itu selama beberapa bulan.

3. Banjir: Tentera Pakistan rayu bantuan antarabangsa

Pakistan merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tampil membantu negara itu yang ditimpa bencana banjir.

4. Azerbaijan tawar AS$2 juta bagi mangsa banjir di Pakistan

Azerbaijan akan menyalurkan AS$2 juta (RM8.9 juta) bagi membantu mangsa banjir di Pakistan manakala Turkiye, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menghantar sejumlah besar barangan keperluan kepada negara yang dilanda bencana itu.

5. Bangunan pencakar langit berkembar di India diroboh

Dua bangunan pencakar langit berkembar yang dibina secara haram di pinggir New Delhi dirobohkan pada Ahad.

6. PM India gesa rakyatnya sertai usaha perangi kekurangan zat makanan

Perdana Menteri India Narendra Modi pada Ahad menggesa rakyatnya menyertai usaha memerangi kekurangan zat makanan pada bulan depan.

7. Perancis kesan selesema burung di ladang itik

Wabak dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.

8. Kajian dapati rakyat Singapura masih mahu pakai pelitup muka di kawasan tertentu

Penduduk Singapura memilih untuk sentiasa memakai pelitup muka secara konsisten di tempat yang mereka rasa paling mudah terdedah kepada sebarang jangkitan.

9. Kapal perang terbesar UK rosak dalam perjalanan ke AS

Kapal perang terbesar United Kingdom (UK) rosak di luar pantai selatan England lewat Ahad baru selepas memulakan pelayaran ke Amerika Syarikat (AS).

10. Revolusi senyap: India bakal jadi hab kenderaan elektrik - Modi

India sedang menyaksikan satu "revolusi senyap" kata Perdana Menteri Narendra Modi.