awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Revolusi senyap: India bakal jadi hab kenderaan elektrik - Modi

Bernama
Bernama
29/08/2022
03:44 MYT
Revolusi senyap: India bakal jadi hab kenderaan elektrik - Modi
Modi berucap pada majlis sambutan 40 tahun Suzuki di India. - REUTERS
NEW DELHI: India sedang beralih menjadi hab kenderaan elektrik, untuk kenderaan dua roda dan empat roda, dan negara itu sedang menyaksikan satu "revolusi senyap" kerana kenderaan elektronik itu bergerak senyap, kata Perdana Menteri Narendra Modi pada Ahad.
Bercakap pada majlis sambutan 40 tahun Suzuki di India, Xinhua memetik Modi sebagai berkata pasaran kenderaan elektrik berkembang di negara itu pada kadar yang sangat pantas sejak beberapa tahun lalu.
Majlis itu menandakan pelancaran kilang pembuatan bateri kenderaan elektrik baharu di negeri Gujarat di barat India, dan penyediaan kemudahan pengeluaran baharu Suzuki di negeri Haryana di utara negara itu.
"Revolusi senyap ini bukan sahaja milik para jurutera, tetapi juga milik negara secara keseluruhannya," kata Modi, sambil menambah bahawa asas revolusi itu telah ditetapkan sejak lapan tahun lalu.
"Hari ini kita sedang berusaha menuju ke arah penawaran dan permintaan kenderaan elektrik di negara ini. Kerajaan menawarkan insentif kepada pembeli kenderaan elektrik supaya permintaan meningkat dengan pantas. Selain itu, rebat cukai pendapatan juga ditawarkan supaya pinjaman kenderaan menjadi lebih mudah," kata Modi pada majlis itu.
Beliau menyebut hari ini warga India sudah mula menerima kenderaan elektrik sebagai mod pengangkutan utama. Modi turut berkata negeri Gujarat sedang muncul sebagai hab pembuatan automotif terkemuka bukan sahaja di negara itu tetapi juga di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Narendra Modi
#revolusi senyap
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan