ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 September 2022.

1. Apa berlaku selepas Ratu Elizabeth II mangkat?

Operasi London Bridge ialah nama kod untuk perancangan yang akan dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

2. Raja baharu Britain bakal dikenali sebagai Raja Charles III

Putera sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles dinobatkan raja baharu Britain pada Khamis susulan kemangkatan bonda baginda, lapor Agensi Anadolu.

3. Kemangkatan Ratu | UK berduka atas pemergian Ratu Elizabeth II - Liz Truss

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Liz Truss pada Khamis memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II atas "pencapaian luar biasa" beliau sebagai raja paling lama memerintah Britain.

4. Malaysia sertai dunia rakam takziah kepada Keluarga Diraja Britain

Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas pemergian Ratu England, Ratu Elizabeth II awal hari ini.

5. Kemangkatan Ratu | King Charles III berucap hari ini

Raja Charles Ketiga dijangka menyampaikan perutusan khas pada jam 6 petang Jumaat waktu tempatan, bersamaan 1 pagi waktu Malaysia.

6. Imran Khan enggan mohon maaf, perbicaraan bermula 22 September

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang hadir untuk kes pendakwaannya pada Khamis enggan memohon maaf secara rasmi kepada mahkamah.

7. No Interpol member state has confirmed Jho Low's presence - IGP

An extradition request for fugitive businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low, cannot be made, as no Interpol member state has confirmed his presence in their respective countries, says Inspector-General of Police Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

8. AWANI Tonight: EU businesses urge to expedite FTA with ASEAN

The EU-ASEAN Business Council survey showed that businesses in the EU want a free-trade agreement with ASEAN member states, as only Vietnam and Singapore have signed the pact so far.

9. AS-China rebut tempat mendarat di bulan

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggesa China untuk bersikap terbuka dan telus dengan misi bulannya ekoran terdapat persamaan tempat pendaratan angkasawan masing-masing di bulan pada masa depan.

10. Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, Istana Buckingham telah mengesahkan.