awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong kurnia penghargaan kepada Zailani Hashim

Bernama
Bernama
16/07/2025
03:40 MYT
Agong kurnia penghargaan kepada Zailani Hashim
Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Zailani Hashim yang akan bersara daripada perkhidmatan awam, Jumaat ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim yang akan bersara daripada perkhidmatan awam, Jumaat ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis tersebut berlangsung di Istana Negara, di sini.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Zailani atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 2024," menurut hantaran itu.
Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kini disandang oleh Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkuat kuasa 1 Julai lepas. Azmi sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja
#zailani hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan