ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 September 2022.

1. UNGA ke-77: Perdana Menteri tiba di New York untuk ketuai delegasi Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada 4.10 pagi waktu tempatan bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

2. UNGA ke-77 | PM bakal ketengah isu inflasi, konflik di Myanmar & Ukraine

Inflasi, pandemik COVID-19, konflik di Myanmar dan Ukraine antara isu yang bakal diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

3. Hubungan dua hala Saudi-Malaysia akan berkembang positif dalam semua bidang - Duta

Arab Saudi dan Malaysia akan menyaksikan perkembangan positif dalam semua bidang pada masa depan, kata Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

4. Protes Iran: Angka korban meningkat, sembilan kematian dicatatkan

Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan anti kerajaan bagi membantah kematian tahanan Kurdish, Mahsa Amini.

5. Jumlah kematian akibat hujan lebat, banjir di Sudan meningkat kepada 146

Jumlah kematian akibat hujan lebat serta banjir di Sudan meningkat kepada 146, lapor Majlis Negara bagi Pertahanan Awam, pada Rabu.

6. Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Selasa mengumumkan pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada 7 Mei 2023, jika Dewan Rakyat melengkapkan tempoh penuh penggal empat tahun yang tamat pada Mac tahun depan.

7. Bekas polis Minneapolis dipenjara 3 tahun sebabkan kematian George Floyd

Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian lelaki kulit hitam Amerika, George Floyd.

8. Rasuah | Bekas menteri di China dijatuhi hukuman mati

Bekas Menteri Undang-Undang China dijatuhkan hukuman mati dengan penagguhan hukuman dua tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan menyalahguna kedudukannya termasuk membantu menyembunyikan aktiviti jenayah dilakukan abangnya yang menjalankan aktiviti haram.

9. Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye - Erdogan

Rusia dan Ukraine pada Rabu membuat pertukaran 200 tahanan perang menerusi perantaraan Turkiye dan usaha diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara, umum Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

10. EU akan laksana sekatan baharu terhadap Rusia

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis mengumumkan blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.