awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA ke-77: Perdana Menteri tiba di New York untuk ketuai delegasi Malaysia

Nailah Huda
Nailah Huda
22/09/2022
08:47 MYT
UNGA ke-77: Perdana Menteri tiba di New York untuk ketuai delegasi Malaysia
Pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York pada 4.10 pagi (4.10 petang waktu Malaysia). - Sumber foto PMO
NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada 4.10 pagi waktu tempatan bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.
Ketibaannya disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucapan negara di ibu pejabat PBB pada Jumaat, sebahagian daripada sesi debat umum yang berlangsung dari 20 hingga 26 Sept.
Ucapannya yang bakal disampaikan dalam bahasa Melayu merupakan penampilan pertama beliau secara fizikal di pentas UNGA selepas menghadiri sesi ke-76 tahun lepas secara maya ekoran pandemik COVID-19.
Di samping sesi debat umum UNGA77, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan-rakan sejawat sepanjang lawatan selama tiga hari di New York.
Pertemuan empat mata akan diadakan bersama Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.
Beliau turut akan bermesyuarat dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, sebelum lawatannya diakhiri dengan majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di bandar raya ini.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#UNGA
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan