Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 23, 2022 15:59 MYT
September 23, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 September 2022.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan melonggarkan keperluan kawalan sempadan COVID-19 bulan depan.
Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan melebihi AS$170 juta untuk Rohingya di Myanmar dan di luar negara serta negara tuan rumah Bangladesh.
Hong Kong akan menamatkan kuarantin hotel untuk pelawat antarabangsa mulai minggu depan, kata ketua bandar raya itu, John Lee Ka-chiu pada Jumaat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menggesa selaraskan langkah bagi menyekat ekonomi rejim tentera di Myanmar, susulan kadar kemiskinan dan kerosakan sistem kesihatan awam di Myanmar terus merosot dua kali ganda sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lepas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran terhadap sikap ambil mudah dalam memerangi COVID-19, menggesa supaya penyelarasan tindakan dan komitmen politik dibuat bagi menyelamatkan nyawa serta mencegah kemerosotan ekonomi serta kesihatan akibat pandemik semasa.
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di El Salvador pada Khamis, menurut Direktorat Perlindungan Awam negara itu.
Dakwaan bahawa Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berada di Macau, China kini semakin kuat apabila gambar ahli perniagaan buruan itu sekali lagi didedahkan.
Indonesia menegaskan keperluan untuk menyusun semula strategi memerangi keganasan alam siber bagi mengekang ancaman masa kini dan masa depan.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, EU, Josep Borell umum blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.
Arab Saudi umum akan melancarkan program latihan dengan matlamat menghantar angkasawannya sendiri, termasuk angkasawan wanita, ke angkasa lepas tahun hadapan.