awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar didakwa Jho Low di Macau didedah lagi, dirakam penyiasat persendirian

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2022
06:43 MYT
Gambar didakwa Jho Low di Macau didedah lagi, dirakam penyiasat persendirian
Gambar terbaharu yang mendakwa kelibat Low berada di sebuah pusat membeli belah di Macau didedahkan oleh wartawan Tom Wright dan Bradley Hope di laman YouTube menerusi perkongsian bertajuk Where Is Jho Low - Episod 4.
DAKWAAN bahawa Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berada di Macau, China kini semakin kuat apabila gambar ahli perniagaan buruan itu sekali lagi didedahkan.
Gambar terbaharu yang mendakwa kelibat Low berada di sebuah pusat membeli belah di Macau didedahkan oleh wartawan Tom Wright dan Bradley Hope di laman YouTube menerusi perkongsian bertajuk Where Is Jho Low - Episod 4.
Bradley yang juga pengarang Billion Dollar Whale berkata, gambar berkenaan didakwa dirakam oleh penyiasat persendirian yang memaparkan Low memakai baju berwarna oren.
Dalam perkongsian tersebut, Bradley hanya menunjukkan gambar yang didakwa Low daripada posisi belakang.
Begitupun, dia berkata, penyiasat persendirian berkenaan turut menunjukkan sekeping lagi foto yang mendedahkan wajah Low, namun Bradley tidak dibenarkan untuk berkongsi gambar berkenaan.
“Tidak jelas siapa yang mengupah penyiasat persendirian ini tetapi ia mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia.
"Tetapi bagaimanapun dia (Low) telah dikesan, dan ia menyentuh apa yang kita bincangkan sebelum ini," katanya dalam rakaman tersebut pada Jumaat.
BACA: Di mana Jho Low?: 'Kalau dia tahu kenapa tak maklumkan kita?' - Hamzah
BACA: 'Masa untuk buru jerung 1MDB' - Syed Saddiq
Tom dan Bradley sebelum ini turut mengeluarkan gambar yang didakwa memaparkan kelibat Low di Shanghai Disneyland dan salinan borang permohonan keahlian kelab kapal layar, yang dikatakan ditandatangani oleh isteri Low.
Kedua-dua wartawan itu mendakwa Low berada di China atau Hong Kong antara 2018 dan 2019.
Berkongsi lanjut, Bradley berkata turut kelihatan di dalam gambar tersebut ialah seorang wanita dipercayai isteri Low, Jesselynn Chuan Teik Ying serta seorang pembantu lelaki yang menjaganya.
"Sebenarnya kami pernah melaporkan (Low di Macau) dalam salah satu artikel kami pada tahun 2019. Low bersama mereka sepanjang masa dan (pembantu lelaki) dipercayai sebagai perisik China, yang pada asasnya bertanggungjawab bersama Low sepanjang masa dan mengikutnya," tambah Bradley lagi.
Dalam pada itu, Bradley berkata, dengan mengambil kira nilai AS$8.5 bilion atau RM38.8 bilion yang diselewengkan daripada 1MDB berbanding jumlah berjaya dipulihkan oleh beberapa kerajaan termasuk Malaysia, Low dilihat masih mempunyai kekayaan yang besar.
Dia berkata, kerajaan AS dan United Kingdom (UK) ketika ini dilaporkan berjaya memulihkan aset berjumlah kira-kira 1.4 bilion dolar AS atau RM64 bilion merangkumi aset seperti rumah mewah, kapal terbang dan pemilikan saham syarikat.
Low dituduh menggelapkan wang daripada 1MDB, dan berdepan saman AS$3.78 bilion (hampir RM15.85 bilion) yang difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya.
Media melaporkan dia turut didakwa menawarkan kepada kerajaan Malaysia RM1.5 bilion sebagai penyelesaian bagi pertuduhan mahkamah dikenakan terhadapnya.
Bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan terbabit.
Topic Berkaitan
#Jho Low di Macau China
#Gambar Jho Low didedahkan
#Jho Low diburu kes 1MDB
#Di mana Jho Low
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan