ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 September 2022.

1. Pesawat Singapore Airlines terima ancaman bom palsu

Pesawat Singapore Airlines (SIA) diiringi dua jet pejuang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) selepas menerima ancaman bom yang didakwa palsu, hari ini.

2. Mohammed Salman diumum sebagai Perdana Menteri Arab Saudi

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.

3. China seru tindakan praktikal dorong pembangunan ekonomi Afghanistan

China menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersikap lebih pragmatik dengan kerajaan sementara Afghanistan, sekali gus dapat membantu mendorong pembangunan ekonomi negara itu.

4. Individu bersenjata serang sekolah menengah di Philadelphia, remaja maut, 3 cedera

Seorang remaja terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang mereka di luar perkarangan sekolah di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, petang Selasa.

5. Konflik Rusia-Ukraine: Presiden Vladimir Putin arah petani jadi tentera

Berikutan konflik berpanjangan, Presiden Rusia Vladimir Putih mengarahkan perintah terbaharu kepada para petani di negara itu untuk berkhidmat sebagai tentera.

6. Amerika Syarikat sediakan pakej senjata AS$1.1 bilion untuk Ukraine

Amerika Syarikat sedang menyediakan pakej senjata bernilai AS$1.1 bilion bagi membantu Ukraine yang sedang berperang dengan Rusia.

7. Letupan saluran paip gas asli di Laut Baltik dipercayai angkara sabotaj

Sabotaj dipercayai punca berlaku letupan di dua saluran paip gas asli di dasar Laut Baltik sehingga menyebabkan berlaku kebocoran gas.

8. Perancis mula bina loji nuklear generasi baharu sebelum 2027

Perancis akan mula membina reaktor nuklear generasi baharu yang pertama sebelum Mei 2027.

9. Millions in Florida urged to evacuate as Hurricane Ian nears

Florida Gulf Coast residents emptied grocery shelves, boarded up windows and fled to evacuation shelters as Hurricane Ian churned closer on Wednesday, lashing the state's southern tip with tropical storm-force winds hours before it was forecast to make U.S. landfall.

10. Ukraine 'sham' referendum results point to Russia annexation

Russian-installed officials in four occupied regions of Ukraine reported huge majorities of votes in favour of joining Russia as the United States planned a U.N. resolution condemning the referendums as shams and Moscow remained defiant.