awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis mula bina loji nuklear generasi baharu sebelum 2027

Bernama
Bernama
28/09/2022
04:00 MYT
Perancis mula bina loji nuklear generasi baharu sebelum 2027
Presiden Perancis Emmanuel Macron bersama Menteri Transformasi Ekologi Agnes Pannier-Runacher melihat turbin angin di Saint-Nazaire. - Foto REUTERS
ANKARA: Perancis akan mula membina reaktor nuklear generasi baharu yang pertama sebelum Mei 2027, lapor Agensi Anadolu.
Kerajaan merancang untuk membina sekurang-kurangnya enam "European Pressurized Reactors" baharu, menggantikan loji semasa yang mencapai jangka hayatnya pada akhir 2030, menurut saluran TV Perancis BFMTV.
Kerajaan Perancis merancang untuk membelanjakan sekitar EUR51.7 bilion (AS$49.7 bilion), sebagai sebahagian daripada usaha negara terbabit capai matlamatnya daripada segi tindakan bagi iklim.
Perancis terus berusaha menyelesaikan krisis tenaga negara dengan pembinaan loji kuasa berasaskan tenaga matahari dan angin di luar pesisir, di samping mempercepatkan usaha beralih ke tenaga boleh diperbaharui.
Presiden Perancis Emmanuel Macron sebelum ini berjanji untuk membina lapan loji tenaga nuklear generasi baharu di bawah undang-undang iklim.
Dalam temu bual dengan stesen radio Eropah 1, Menteri Transformasi Ekologi Agnes Pannier-Runacher berkata reaktor itu akan dibangunkan di sekitar reaktor nuklear sedia ada.
Langkah itu membolehkan negara menjimatkan masa yang diperlukan semasa peralihan kepada tenaga lestari, katanya.
Media harian Perancis, Le Figaro melaporkan bahawa reaktor generasi baharu itu dijangka mampu beroperasi sebelum 2035.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#loji tenaga nuklear
#Agnes Pannier-Runacher
#reaktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan