Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Oktober 2022.

1. Sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam banjir kilat di selatan Filipina

Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban pada Jumaat dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat semalaman membanjiri beberapa bandar di wilayah Maguindanao di selatan Filipina, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai tempatan.

2. Tindakan Putin disokong 79 peratus penduduk Rusia - Undian

Empat daripada lima rakyat Rusia percaya bahawa Presiden Vladimir Putin berprestasi baik dalam kapasiti profesionalnya dan 77 peratus percaya sepenuhnya terhadap beliau, lapor Sputnik.

3. Elon Musk selesai beli Twitter bernilai AS$44 bilion, pecat eksekutif kanan

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyelesaikan pemerolehan AS$44 bilion Twitter selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat dan bersedia untuk merangka hala tuju baharu laman sesawang mikroblog itu, menurut beberapa laporan.

4. UK-India | PM Britain baharu anggap dirinya representasi visual

Perdana Menteri Britain baharu, Rishi Sunak menyifatkan dirinya sebagai 'representasi visual' hubungan bersejarah antara negara itu dan India semasa mengadakan panggilan dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi.

5. Penyakit Tibi | Kematian meningkat ketika pandemik - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan kematian global akibat tuberculosis atau tibi (TB) dianggarkan meningkat antara 2019 dan 2021. Pendedahan itu sekali gus memadamkan data penurunan kes selama bertahun-tahun apabila wabak COVID-19 menjejaskan usaha untuk menangani penyakit itu.

6. Kabinet baharu Itali menang undi percaya

Anggota kabinet baharu Itali yang diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di Dewan Negara pada Khamis dengan margin selesa.

7. Isu Myanmar | ASEAN belum berjaya kembalikan keamanan

Menteri Luar ASEAN akui usaha membawa keamanan ke Myanmar masih belum berjaya. Namun, mereka senada bersetuju mempertingkatkan keazaman untuk menamatkan keganasan di negara itu, selepas rampasan kuasa tentera tahun lalu dilihat mula mencetuskan krisis sehingga menggugat kestabilan rantau berkenaan.

8. Seorang maut dalam insiden tikaman di Itali, Pablo Mari antara mangsa

Seorang maut manakal empat lagi termasuk pemain bola sepak Sepanyol, Pablo Mari, cedera parah dalam insiden serangan tikaman di pinggir bandar Milan, Itali pada Khamis.

9. Puluhan ribu hadir pengebumian wartawan Arshad Sharif

Puluhan ribu orang menghadiri pengebumian wartawan Pakistan Arshad Sharif di Islamabad pada Khamis.

10. Wanita ditahan selepas serang pejabat PM New Zealand

Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan pada Khamis berhubung insiden serangan ke atas pejabat perwakilan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern di Auckland, lapor Xinhua.