Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 25, 2022 15:59 MYT
November 25, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 November 2022.
Dua maut selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir teruk di barat Arab Saudi termasuk di Jeddah dalam tempoh 24 jam lalu.
Pihak berkuasa Indonesia mengerahkan jentera berat, helikopter dan ribuan anggota anggota tentera dan penyelamat mencari puluhan mangsa terselamat ketika jumlah korban gempa bumi sudah mencecah 272 orang.
Kerajaan Singapura akan menyumbang US$100,000 kepada Palang Merah Singapura (SRC) dalam menyokong usaha menyalurkan bantuan bencana dan kemanusiaan ke Jawa Barat, Indonesia susulan kejadian gempa bumi pada Isnin (21 Nov).
Pihak berkuasa Indonesia sedang bergelut menyalur bantuan kepada mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat yang mengorbankan lebih 270 nyawa.
Presiden Peru Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Anibal Torres, lapor Sputnik memetik akhbar El Comercio pada Jumaat.
United Kingdom bakal memansuhkan pemeriksaan ketat ke atas cecair dan komputer riba di dalam beg kabin di semua lapangan terbang di negara itu.
Presiden Joko Widodo menerima suntikan vaksin penggalak COVID-19 kedua hasil keluaran tempatan, IndoVac di kediaman presiden di Bogor pada Khamis.
Jepun sedang mempertimbangkan untuk membangunkan peluru berpandu sehingga 3,000 kilometer (km), lapor Sputnik.
Pihak berkuasa India menyalahkan tikus sebagai punca kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang dirampas dan disimpan di balai polis.
A man and his wife went through a terrifying experience when a tiger entered their house in Kampung Sentang Pagar Sasak, Kuala Lipis, yesterday.