awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan ganja hilang dari balai, polis 'salahkan' tikus

Faida Rahim
Faida Rahim
24/11/2022
22:00 MYT
Rampasan ganja hilang dari balai, polis 'salahkan' tikus
Pihak berkuasa India menyalahkan tikus sebagai punca kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang dirampas dan disimpan di balai polis. -Gambar hiasan/Unsplash
UTTAR PRADESH: Pihak berkuasa India menyalahkan tikus sebagai punca kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang dirampas dan disimpan di balai polis.
Memetik laporan BBC, hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary memaklumkan tikus disifatkan sebagai haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.
“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” jelas beliau.
Hakim Chaudhary memberitahu apabila mahkamah meminta polis mengemukakan bukti, mereka memaklumkan sebanyak 195 kilogram ganja itu 'dimusnahkan' tikus.
Difahamkan, ini bukan kes pertama melibatkan kehilangan ganja. Sebelum ini, Hakim Chaudhary memberitahu kira-kira 700kg ganja yang disimpan di balai polis di daerah Mathura turut menerima nasib sama.
Beliau berkata polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara itu memandangkan tikus 'terlalu kecil'.
Pada tahun 2018, lapan pegawai polis Argentina dipecat selepas mereka ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.
Namun begitu, pakar mempertikaikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa tidak mungkin tikus keliru di antara ubat dan makanan.
Malah, jika betul, sudah semestinya banyak bangkai tikus akan ditemui di gudang.
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 mendapati bahawa apabila tikus makmal diberi doh yang dicampur ganja, ia cenderung menjadi kurang aktif dan suhu badan juga turun.
Topic Berkaitan
#ganja
#tikus makan dadah
#Sanjay Chaudhary
#polis salahkan tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan