DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Disember 2022.
1. Kes Khashoggi: Mahkamah AS ketepi saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi
Mahkamah persekutuan AS mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
2. Pengeboman Bandung: Polis kenal pasti identiti suspek
Ketua Polis Negara Indonesia Listyo Sigit mengesahkan identiti dalang pengeboman Balai Polis Astana Anyar di Bandung, Jawa Barat pada Rabu.
3. Sri Lanka: Sekatan COVID-19 untuk pelancong asing dimansuh
Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Rabu mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.
4. Setengah juta rakyat Australia dijangkiti COVID-19 - Pakar
Doktor penyakit berjangkit dan ahli mikrobiologi dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra, Peter Collignon pada Rabu mendedahkan bahawa sekitar dua peratus daripada penduduk negara itu berkemungkinan dijangkiti COVID-19.
5. Pengeboman Bandung: Polis jumpa nota 'misteri' di motosikal milik suspek
Pegawai polis Bandung, Aswin Sipayung mendedahkan kepada Kompas TV bahawa seorang lelaki dipercayai kelihatan melalui lokasi kejadian dengan membawa senjata tajam, dan sedang mencuba untuk melepasi perhimpunan anggota polis di balai berkenaan.
6. Pengeboman Bandung: Dua maut, lelaki letupkan diri di balai polis Bandung
Dua maut manakala beberapa mangsa lain mengalami kecederaan selepas seorang lelaki meletupkan diri di sebuah balai polis di Bandung, Indonesia pada pagi Rabu.
7. Menteri luar Pakistan akan hadiri mesyuarat pendidikan wanita Afghanistan di Bali
Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari akan menghadiri Forum Demokrasi Bali (BDF) dan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Wanita Afghanistan pada Khamis di Indonesia. Kedua-dua persidangan itu berlangsung di pulau Bali.
8. AS tambah kehadiran tentera di Australia
Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan kehadiran tenteranya di Australia dan bersetuju dengan Canberra untuk mempelawa Jepun turut serta, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin pada Selasa.
9. Naib Presiden Argentina dihukum penjara enam tahun kerana rasuah
Mahkamah persekutuan di Argentina menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Naib Presiden Cristina Fernandez de Kirchner pada Selasa dan melarangnya memegang jawatan awam.
10. Thailand pertingkat tindakan terhadap pencemaran debu halus
Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand (PCD) menyasarkan untuk mengurangkan paras hari yang berjerebu kepada 10 peratus di Bangkok dan 17 wilayah utara pada tahun depan -- susulan langkah kawalan ketat terhadap pencemaran debu halus PM25.