WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan kehadiran tenteranya di Australia dan bersetuju dengan Canberra untuk mempelawa Jepun turut serta, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin pada Selasa.
Austin berkata peningkatan penggiliran tentera udara, darat dan laut akan merangkumi pasukan petugas pengebom, jet pejuang dan giliran tambahan keupayaan Tentera Laut dan Tentera Darat untuk mengembangkan logistik dan lain-lain kerjasama dengan Australia.
"Ini akan memperkukuh kebolehoperasian kami dan mewujudkan keupayaan yang lebih tangkas dan berdaya tahan. Kami juga akan terus mencari jalan untuk menyepadukan lagi pangkalan industri pertahanan kami pada tahun-tahun mendatang," kata Austin kepada pemberita.
Butiran tepat mengenai penambahan kehadiran tentera AS termasuk saiznya dan bila ia akan bermula belum dimuktamadkan dan akan diumumkan kemudian.
Austin berkata Jepun telah dipelawa untuk "mengintegrasikan inisiatif kedudukan pasukan kami di Australia" namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.
AS bersama-sama United Kingdom (UK), mengumumkan pakatan keselamatan tiga hala dengan Australia yang dikenali AUKUS tahun lepas yang antara lain dijadual menyediakan Canberra dengan teknologi untuk menggunakan armada kapal selam berkuasa nuklear baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengiringi Menteri Pertahanan Australia Richard Marles memasuki Pentagon sempena mesyuarat khas di Washington pada 5 Disember lalu. - Reuters
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Lubnan sedia dihantar ke selatan Lubnan selepas gencatan senjata
Tentera memaklumkan bahawa berdasarkan permintaan kerajaan, pasukan itu akan ditempatkan di selatan Lubnan dengan penyelarasan UNIFIL.
Setiausaha Agung PBB bimbang tentera Korea Utara berada di Rusia
Antonio Guterres melahirkan kebimbangan mengenai wujudnya laporan pasukan tentera dari Korea Utara dihantar ke Rusia.
Komander Pengawal Revolusi Iran sahkan operasi baharu terhadap Israel
Ali Fadavi memberitahu pemberita di Tehran pada Ahad bahawa operasi baharu pasti akan dilaksanakan.
India, China capai persetujuan tarik balik anggota tentera di kawasan sempadan
Satu perjanjian telah dicapai mengenai rondaan di kawasan sempadan, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Lubnan hadapi serangan udara besar-besaran Israel - Sumber tentera
Serangan Israel menyasarkan lokasi Hizbullah dan pinggir puluhan bandar, selain kawasan terbuka, lembah dan hutan.
[KOLUMNIS] Rumah Keluarga Angkatan Tentera - bukan sekadar kebajikan
Sesetengah masyarakat umum masih berpandangan pembinaan RKAT adalah sekadar langkah populis Kementerian Pertahanan dan Kerajaan.
PRK Mahkota: Tentera, polis tunai kewajipan esok
Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota, esok.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
Dua askar India terbunuh, dua cedera di Kashmir
Dua tentera India terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di daerah Kishtwar, di Jammu dan Kashmir pada Jumaat.