Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Disember 2022.

1. Pelepasan gas rumah hijau di Itali catat peningkatan

Pelepasan gas rumah hijau di Itali menunjukkan peningkatan meskipun penggunaan tenaga di negara ini adalah lebih rendah, lapor Xinhua.

2. Majlis Keselamatan PBB gesa hentikan keganasan di Myanmar

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima pakai resolusi mengenai situasi Myanmar pada Rabu, antara lain menggesa keganasan di Myanmar dihentikan.

3. Malaysia sokong resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai Myanmar

Malaysia akan bekerjasama rapat dalam ASEAN dan rakan kongsi luar untuk memastikan kemajuan usaha ini demi kepentingan rakyat Myanmar.

4. Netanyahu berjaya tubuhkan kerajaan campur

Bakal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada Rabu malam bahawa beliau berjaya membentuk kerajaan campuran baharu.

5. COVID-19: WHO ikuti rapat peningkatan kes di China

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 yang semakin serius di China selepas negara itu menamatkan sebahagian polisi sifar virus berkenaan.

6. Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara

Mahkamah Agung memutuskan bahawa Sobhraj harus dibebaskan atas faktor kesihatan.

7. Sel kanser Pele sudah merebak - Hospital

"Sel kanser Pele sudah merebak", demikian menurut pihak hospital yang merawat legenda bola sepak itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

8. Presiden Perancis gesa Eropah hadkan pergantungan keselamatan kepada AS

Presiden Perancis berkata negara Eropah perlu lebih tegas dalam pakatan NATO dan mengurangkan 'pergantungan mereka kepada Amerika Syarikat (AS)', lapor Agensi Anadolu.

9. Xi Jinping terima kunjungan Dmitry Medvedev

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Pengerusi Parti Rusia Bersatu, Dmitry Medvedev, di sini, pada Rabu.

10. Singapura arah sos pasta carbonara Prego buatan Malaysia ditarik balik

Produk sos pasta carbonara cendawan berjenama Prego yang diimport ke Singapura dilaporkan ditarik balik disebabkan kerosakan produk.