awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan gas rumah hijau di Itali catat peningkatan

Bernama
Bernama
22/12/2022
05:09 MYT
Pelepasan gas rumah hijau di Itali catat peningkatan
Konflik Ukraine telah menyebabkan penggunaan tenaga di Itali berubah secara mendadak menyaksikan penggunaan gas asli menurun tiga peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya.- Foto Unsplash
ROM: Pelepasan gas rumah hijau di Itali menunjukkan peningkatan meskipun penggunaan tenaga di negara ini adalah lebih rendah, lapor Xinhua.
Menurut laporan Agensi Kebangsaan Itali mengenai tenaga yang dikeluarkan pada Rabu, jumlah penggunaan tenaga di Itali dijangka menurun sekitar 1.5 peratus tahun ini berbanding pada 2021. Namun begitu, pelepasan gas rumah hijau dijangka meningkat sekitar lapan peratus menjelang akhir tahun.
Itali baru-baru ini mengumumkan bahawa cawangan baharu Universiti United Nations yang memberi tumpuan kepada memerangi perubahan iklim akan dibuka di Universiti Bologna, universiti tertua di dunia.
Konflik Ukraine telah menyebabkan penggunaan tenaga di Itali berubah secara mendadak menyaksikan penggunaan gas asli menurun tiga peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan Rusia memotong bekalan gas susulan krisis di Ukraine.
Bagaimanapun, dalam usaha untuk menggantikan gas Rusia, pembekal tenaga telah menggunakan lebih lapan peratus minyak dan 47 peratus lebih banyak arang berbanding tahun sebelumnya yang mengakibatkan peningkatan tahap pelepasan.
Penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih bersih juga menurun sebanyak 11 peratus, menurut agensi itu.
Pelepasan gas rumah hijau dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dengan jangkaan peningkatan sebanyak dua peratus menjelang akhir tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#gas rumah hijau
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan