Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Januari 2023.

1. COVID-19: EU cadang pengembara dari China kemuka keputusan ujian negatif

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu bersetuju "menyelaraskan pendekatan langkah berjaga-jaga" berikutan lonjakan jangkitan COVID-19 di China baru-baru ini dengan mencadangankan pelancong dari negara itu mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19.

2. Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja

Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.

3. Lokasi dikesan musuh angkara degil guna telefon bimbit

Rusia mendakwa serangan misil ketika sambutan Tahun Baharu pada akhir minggu lalu yang meragut sekurang-kurangnya 89 nyawa anggota tentera berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.

4. Sunak ikrar kurangkan separuh inflasi, tangani imigrasi

Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, dalam ucapan utama pertamanya pada 2023 berjanji untuk mengurangkan inflasi, mengembangkan ekonomi United Kingdom (UK) dan menghentikan kehadiran pendatang asing tanpa izin.

5. Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa

Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.

6. Politik Venezuela | AS tidak iktiraf Nicolas Maduro pemimpin sah

Amerika Syarikat (AS) masih tidak menganggap Nicolas Maduro sebagai pemimpin sah Venezuela, walaupun pembangkang Venezuela baru-baru ini bertindak untuk membubarkan “kerajaan sementara” negara itu. Jurucakap Jabatan Negara Ned Price berkata, Washington tidak mengiktiraf Perhimpunan Nasional 2015 dan serentak itu akan terus menguatkuasakan program sekatan terhadap rejim Maduro.

7. Demokrasi | Pilihan raya kerajaan tempatan Sri Lanka Februari

Sri Lanka yang dilanda krisis mengumumkan akan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan sejak presiden negara itu melarikan diri dan meletak jawatan kerana digulingkan rakyat.

8. COVID-19 | WHO pertikai data dikeluar China berhubung kes kematian

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertikai data yang dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat COVID-19 yang didakwa statistik rasminya tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.

9. Pakistan arah pusat beli-belah tutup awal akibat krisis ekonomi

Kerajaan Pakistan mengarahkan pusat membeli belah dan pasar ditutup awal pada setiap hari ketika negara tersebut mengalami krisis ekonomi teruk, lapor BBC.

10. COVID-19: Sempadan Hong Kong-China dibuka bermula 8 Januari

Puluhan ribu penduduk dilaporkan dapat meneruskan perjalanan antara Hong Kong dan China setiap hari bermula Ahad ini (8 Januari) susulan kelonggaran peraturan baharu.