awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi dikesan musuh angkara degil guna telefon bimbit

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2023
02:00 MYT
Lokasi dikesan musuh angkara degil guna telefon bimbit
Serangan misil dilancarkan Ukraine turut menyebabkan kemusnahan besar. - Foto Agensi
MOSCOW: Rusia mendakwa serangan misil ketika sambutan Tahun Baharu pada akhir minggu lalu yang meragut sekurang-kurangnya 89 nyawa anggota tentera berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.
Siasatan awal itu mendapati kedegilan anggota tentera tersebut membawa padah apabila lokasi mereka berjaya dikesan musuh.
“Sudah jelas punca utama serangan itu adalah kerana tindakan mereka menggunakan telefon bimbit secara beramai-ramai. Mereka sendiri yang mendedahkan lokasi kepada musuh.
“Anggota yang didapati bersalah selepas siasatan tersebut selesai akan diheret ke muka pengadilan.
“Langkah tegas telah diambil untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang,” ujar Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu.
Menurut Moscow, kira-kira enam misil dilancarkan daripada sistem roket Himars buatan Amerika Syarikat (AS) ke kolej vokasional yang menempatkan kerahan tentera di Makiivka di wilayah Donetsk, namun dua daripadanya berjaya ditembak jatuh.
“Timbalan komander rejimen itu, Leftenan Kolonel Bachurin antara yang terbunuh dalam serangan tersebut. Ia adalah jumlah korban tertinggi sejak konflik bersama Ukraine tercetus,” jelas kementerian itu lagi.
Sementara itu, maklumat risikan Ukraine mendakwa serangan di kemudahan yang menempatkan kira-kira 300,000 anggota kerahan itu telah mengorbankan sehingga 400 orang, manakala 300 yang lain cedera. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Rusia
#Telefon bimbit
#lokasi dikesan musuh
#kolej vokasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan