Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Januari 2023.

1. Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe Awards

Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.

2. Dunia hadapi cuaca terpanas sejak lapan tahun lalu

Dunia menghadapi rekod cuaca paling panas sejak lapan tahun lalu walaupun dipengaruhi suhu sejuk ekoran fenomena La Nina sejak 2020.

3. Keadaan di Brazil meruncing, bekas Ketua Keselamatan didakwa

Keadaan huru-hara politik di Brazil pasca Pilihan Raya Presiden tidak menunjukkan tanda-tanda reda, malah semakin meruncing susulan insiden pencerobohan Istana Presiden, Mahkamah Agung dan Kongres minggu lepas.

4. Perancis naikkan umur persaraan kepada 64 tahun menjelang 2030

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa membentangkan pelan pembaharuan pencen negara, dengan menaikkan umur persaraan kepada 64 tahun secara berperingkat dan mencadangkan pencen minimum untuk semua pesara, lapor Xinhua.

5. COVID-19 China | COVID-19 di China tidak jejas Eropah - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO berkata pihaknya tidak menjangkakan lonjakan kes COVID-19 di China akan memberi kesan ketara kepada situasi di Eropah. 

6. Pelancong China | Lebih 1,000 kes positif di Korea Selatan

Seramai 1,100 daripada 6,396 individu dari China yang memasuki Korea Selatan disahkan positif COVID-19 setakat ini. Pegawai Agensi Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Korea, Lim Sook-Young berkata kemasukan individu tersebut direkodkan selama enam hari bermula 2 hingga 7 Januari lalu, dengan kadar jangkitan sebanyak 19.6 peratus.

7. Ribut susulan dijangka melanda California

Hujan lebat yang melanda California, Amerika Syarikat (AS) pada selasa mula menunjukkan perkembangan baik.

8. Bandar London paling sesak di dunia

Untuk dua tahun berturut-turut, London disenaraikan sebagai bandar paling sesak di seluruh dunia.

9. Pergolakan Politik | Peru isytihar darurat, kekang keganasan akibat rusuhan

Peru mengisytiharkan darurat di wilayah selatan, Puno, dalam usaha mengekang keganasan akibat rusuhan, sehari selepas 18 orang terbunuh dan pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

10. Protes Di Brazil | Kumpulan wartawan turut diserang, lebih 12 orang terkesan

Bilangan wartawan yang diserang semasa membuat liputan mengenai protes yang tercetus di Brazil meningkat kepada 14 orang.