awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis naikkan umur persaraan kepada 64 tahun menjelang 2030

Bernama
Bernama
11/01/2023
03:20 MYT
Perancis naikkan umur persaraan kepada 64 tahun menjelang 2030
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne ketika membentangkan pelan pembaharuan pencen negara di Paris. - Foto AP
PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa membentangkan pelan pembaharuan pencen negara, dengan menaikkan umur persaraan kepada 64 tahun secara berperingkat dan mencadangkan pencen minimum untuk semua pesara, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media, Borne mengumumkan bahawa Perancis merancang untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun menjelang 2030 pada kadar progresif tiga bulan setahun mulai 1 September.
Selain itu, beliau menambah bahawa mulai 2027, bakal pesara boleh menerima pencen penuh jika mereka mencarum selama 43 tahun.
Borne menegaskan bahawa pelan pembaharuan pencen semasa akan membolehkan orang ramai mempunyai pencen minimum sebanyak 1,200 euro (kira-kira AS$1,288) sebulan.
"Pekerja dan mereka yang bekerja sendiri... yang telah menyumbang sepanjang hayat mereka dengan pendapatan sekitar SMIC (gaji minimum bulanan Perancis) kini akan memperoleh pencen 85 peratus daripada SMIC bersih," katanya.
Bercakap kepada saluran TV Perancis France 2, Borne menjelaskan bahawa objektif kerajaan adalah untuk "mengimbangkan sistem pencen pada 2030."
"Kami menjalankan beberapa perundingan, kami mendengar dan kami melihat bahawa ada cara lain untuk mencapai objektif keseimbangan ini pada 2030," katanya.
Rancangan awal kerajaan adalah untuk menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umur persaraan
#Elisabeth Borne
#pencen
#objektif keseimbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan