Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Januari 2023.

1. Suami pembantu juruterbang nahas pesawat Nepal maut kejadian sama 17 tahun lalu

Pembantu juruterbang pesawat terhempas di Nepal Ahad lalu dilaporkan merupakan isteri kepada juruterbang yang terbunuh dalam nahas kapal terbang hampir 17 tahun lalu.

2. Bayi antara enam ditembak mati di California

Seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya antara yang maut ditembak di California, lapor Agensi Anadolu.

3. Guru-guru di England, Wales sertai mogok industri 1 Feb

Guru-guru di England dan Wales umum akan menyertai jururawat, pekerja kereta api serta lain-lain sektor, melancarkan mogok terhadap kerajaan kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak.

4. Pegawai polis mengaku bersalah atas 24 pertuduhan rogol

Seorang pegawai polis London mengaku merogol dan mendera 24 wanita selama hampir dua dekad, menjadikannya salah seorang pesalah seks paling aktif di Britain.

5. Rusia dakwa akan musnahkan kereta kebal dari UK

Kremlin memberi amaran bahawa kereta kebal yang akan dihantar United Kingdom (UK) ke Ukraine akan dimusnahkan.

6. Kerjasama Nuklear | Seoul mahu teroka lebih banyak bidang dengan UAE

Korea Selatan mahu lebih banyak projek kerjasama nuklear dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut Presidennya, Yoon Suk Yeol, kerjasama dalam pembinaan loji nuklear Barakah adalah satu permulaan untuk meneroka lebih banyak bidang.

7. WEF 2023 | Sokong dengan pelaburan, bukan bantuan

Aktor Hollywood, Idris Elba menyeru pemimpin politik serta perniagaan dunia untuk meningkatkan sokongan terhadap negara miskin dalam bentuk pelaburan dan bukannya bantuan. Kata Elba, pelaburan akan membantu negara terbabit bergerak ke arah pembangunan dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata.

8. Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula

Lima lelaki Indonesia didakwa atas kecuaian sehingga mencetuskan malapetaka sejarah bola sepak terburuk di negara tersebut, hadir ke mahkamah untuk dibicarakan menerusi pautan video pada Isnin.

9. Helikopter 'runtuhkan' bumbung parti kanak-kanak, 8 cedera

Lapan termasuk lima kanak-kanak dilaporkan cedera selepas sebuah helikopter yang terbang di sebuah parti kanak-kanak telah menyebabkan bumbung stadium runtuh.

10. Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc letak jawatan - Media rasmi

Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada Biro Politik dan Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.