awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2023
22:00 MYT
Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Sebuah kereta polis dirosakkan ketika rusuhan selepas perlawanan bola BRI Liga 1 di antara Arema dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, pada 2 Oktober 2022. - Foto fail/REUTERS
SURABAYA: Lima lelaki Indonesia didakwa atas kecuaian sehingga mencetuskan malapetaka sejarah bola sepak terburuk di negara tersebut, hadir ke mahkamah untuk dibicarakan menerusi pautan video pada Isnin.
Rempuhan pada Oktober lalu di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur telah mengorbankan 135 orang, termasuk 40 kanak-kanak selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Semasa kejadian, ratusan orang berlari keluar di jalan sempit sehingga menyebabkan ramai mati terpijak atau mati lemas.
Justeru, tiga pegawai polis tempatan, seorang penganjur perlawanan dan seorang pegawai keselamatan didakwa kerana cuai sehingga menyebabkan bencana tersebut berlaku.
Difahamkan, suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.
Manakala suspek keenam iaitu seorang bekas pengarah syarikat yang menganjurkan liga perdana Indonesia, masih dalam siasatan polis.
Pada Isnin, pihak berkuasa mengerahkan ratusan anggota keselamatan berkawal di sekitar Mahkamah Daerah Surabaya dan perbicaraan diadakan secara atas talian atas sebab keselamatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Stadium Kanjuruhan
#perbicaraan
#bola sepak
#arema fc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan