Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 19, 2023 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Januari 2023.
1. PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar.
2. Tunjuk perasaan berpanjangan di Peru di sebalik darurat
Penunjuk perasaan dari Peru kini berada di ibu kota Lima bagi mengadakan demonstrasi menentang Presiden Dina Boluarte dan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya dengan segera.
3. Ratusan barangan pejabat Twitter dilelong kepada orang ramai
Ratusan barangan di ibu pejabat Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat dilaporkan dilelong, baru-baru ini.
4. Rakyat Perancis mogok bantah naik had usia bersara
Mogok pekerja di Perancis diadakan hari ini bagi menentang rancangan reformasi pencen yang akan menaikkan had usia persaraan ke 64 tahun.
5. Runtuhan salji di Tibet China korbankan lapan orang
Lapan orang disahkan maut setakat malam Rabu selepas runtuhan salji berlaku di bandar Nyingchi di Wilayah Autonomi Tibet barat daya China, menurut media kerajaan.
6. AS-Turkiye | Usaha leraikan ketegangan, belum ada kata sepakat
Amerika Syarikat dan Turkiye mencari jalan tengah bagi meleraikan ketegangan hubungan dua hala. Khususnya berkaitan isu perang Rusia-Ukraine dan keahlian Sweden-Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
7. Ahli politik, menteri tidak boleh lakukan perjalanan bersama - Penasihat Kerajaan Ukraine
Susulan nahas helikopter membawa pasukan kepimpinan Kementerian Dalam Negeri Ukraine di Kiev semalam, penasihat Kerajaan Ukraine Anton Gerashchenko memaklumkan kejadian memberi pengajaran di negara itu.
8. WEF 2023 | Proses pemulihan ekonomi China dijangka lebih pantas - IMF
China dijangka melalui proses pemulihan ekonomi yang lebih pantas bermula suku kedua tahun ini selepas negara itu menamatkan dasar sifar COVID-19.
9. WEF 2023 | Reformasi rancak berjalan di Arab Saudi jadi tumpuan dunia
Reformasi yang sedang berlaku di Arab Saudi sejak 2016 mendominasi pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023.
#berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI #Astro Awani