awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2023
00:30 MYT
PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu. - Foto Facebook/Jacinda Ardern
SYDNEY: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar.
Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis.
Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat.
"Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
"Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu," ujarnya.
Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin.
"Mari kita berkahwin akhirnya," tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.
Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebaga Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.
Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Topic Berkaitan
#Jacinda Ardern
#letak jawatan
#Perdana Menteri
#Tanggunjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan