ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Januari 2023.

1. 7 maut dalam kejadian tembakan di California Utara, suspek sudah ditahan

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam kejadian tembakan berasingan yang berlaku di California Utara berhampiran bandar San Francisco, lapor agensi berita tempatan.

2. Biden gesa Kongres segera lulus larangan penggunaan senjata api

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata Kongres mesti meluluskan undang-undang baharu mengenai larangan penggunaan senjata api berbahaya berikutan insiden tembakan baru-baru ini termasuk di Monterey Park, California.

3. Tembakan Tahun Baharu Cina: Angka kematian meningkat kepada 11

Seorang lagi mangsa dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada Isnin.

4. China enjin pertumbuhan dunia - Ketua Pengarah WTO

Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan kerjasama pada masa depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-lweala.

5. Setiausaha Agung NATO bakal adakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg dijangka melawat Korea Selatan dan Jepun pada minggu depan.

6. Bandar di utara China catat suhu paling rendah

Bandar paling utara di China, Mohe, merekodkan suhu paling rendah sejak penyimpanan rekod moden bermula.

7. Bongkah ais sebesar Greater London pecah

Bongkah ais sebesar Greater London dilaporkan pecah dan terpisah dari bongkah asal di Antartika.

8. Jepun berdepan masalah akibat kadar kelahiran rendah

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menzahirkan kebimbangan negara itu berkemungkinan tidak lagi boleh berfungsi sebagai sebuah masyarakat.

9. Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan

Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.

10. Arab Saudi lantik 34 wanita sertai barisan kepimpinan di dua masjid suci

Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Mekah dan Madinah.