DAVOS: Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan kerjasama pada masa depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-lweala baru-baru ini.
Beliau berkata dunia kini masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.
Beliau menyifatkan pembukaan semula China sebagai faktor positif buat seluruh dunia.
"Permintaan penggunaan domestik China akan meningkat semula manakala industri pembuatannya akan pulih ke tahap normal. Inilah berita baik bagi ekonomi dunia. China akan terus berperanan sebagai enjin pertumbuhan global," kata lweala.
Menyentuh mengenai dasar perlindungan perdagangan yang diamalkan beberapa negara, Iweala berkata multilateralisme telah membawa kemakmuran kepada dunia manakala globalisasi pula berjaya membawa lebih sebilion rakyat di dunia keluar daripada belenggu kemiskinan.
"Ini sekali gus membawa impak positif kepada kebanyakan kawasan di dunia termasuk China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
"Pada masa sama, China telah mencapai prestasi yang lebih baik dalam proses globalisasi." kata lweala.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Ngozi Okonjo-Iweala berucap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, 17 Jan 2023. - Gambar fail AP

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

China enjin pertumbuhan dunia - Ketua Pengarah WTO
Katanya, dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.