ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Februari 2023.

1. Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali

Buat pertama kali dalam sejarah, Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

2. Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama menteri-menteri ASEAN mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 pada Jumaat, di sini.

3. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Ranil Wickremesinghe di Istana Presiden di Kandy pada Khamis.

4. Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS

Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan belon pengintip yang disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana, menurut Pentagon pada Khamis.

5. Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri susulan kenyataan kontroversinya mengenai beberapa isu termasuk hubungan antara Israel dan AS.

6. Bank of England naikkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata peratus

Bank of England sekali lagi menaikkan kadar faedah pada Khamis sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membendung inflasi, lapor Petra.

7. Perang Ukraine | Ukraine sedia mulakan rundingan keahlian EU

Ukraine bersedia untuk memulakan rundingan mengenai keahlian Kesatuan Eropah (EU) tahun ini.

8. NATO | Sweden dan Finland nyata hasrat sertai NATO

Hasrat berkenaan disampaikan kedua-dua Perdana Menteri negara berkenaan dan menyeru agar negara anggota bertenang ketika ketegangan dengan Turkiye berhubung penyertaan negara itu dalam pakatan tentera.

9. Israel, Sudan bakal meterai perjanjian menormalkan hubungan - Eli Cohen

Israel dan Sudan dijangka menandatangani perjanjian bagi menormalkan hubungan pada tahun ini, kata Menteri Luar Israel Eli Cohen pada Khamis.

10. Ancaman Plastik | Bangkai ikan paus terdampar, perut penuh plastik dan pukat

Bangkai seekor ikan paus yang didapati terdampar di Hawaii adalah disebabkan menelan sejumlah besar perangkap ikan, pukat, beg plastik dan serpihan marin lain.