WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri susulan kenyataan kontroversinya mengenai beberapa isu termasuk hubungan antara Israel dan AS.
Dewan meluluskan resolusi itu dengan undian 218 menyokong manakala 211 lagi membantah, lapor Sputnik.
Resolusi itu mendakwa Ilhan mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik dan mengenai serangan pengganas 11 Sept 2001.
"Saya tidak datang ke Kongres untuk berdiam diri... Kepimpinan dan suara saya tidak akan berkurangan jika saya tidak berada dalam jawatankuasa ini untuk satu penggal.
"Suara saya akan lebih lantang serta lebih kuat dan didengari di seluruh dunia seperti yang telah berlaku," kata Ilhan.
Pada Selasa, Ilhan yang dilahirkan di Somalia, mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Dasar AS-Afrika di tengah-tengah ketidakpastian kedudukannya dalam jawatankuasa itu.
Kumpulan kerja berkenaan akan memberi tumpuan kepada penglibatan yang konsisten dengan pakar dan penggubal dasar yang bekerja dengan dan di Afrika, kata Ilhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Resolusi itu mendakwa Ilhan mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik dan mengenai serangan pengganas 11 Sept 2001. - Fail/REUTERS

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.

Kevin McCarthy akhirnya dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akhirnya memilih Kevin McCarthy sebagai Speaker Dewan selepas pengundian memasuki pusingan ke-15.

Pemilihan Speaker Dewan Perwakilan AS temui jalan buntu
Pada Rabu, tiga lagi pusingan diadakan tetapi turut menemui jalan buntu sebelum pemilihan ditangguhkan.

Nepal Memilih! 18 juta rakyat mengundi pada Ahad
Pilihan raya itu diadakan untuk memilih 275 ahli Dewan Perwakilan dan 550 anggota bagi tujuh dewan wilayah.

Republikan rampas kawalan Dewan Perwakilan AS
Mike Garcia menewaskan pesaingnya yang mewakili Demokrat, Christy Smith di District 27, California dengan meraih 54.2 peratus undi.

Parlimen Indonesia lulus kerakyatan Jordi Amat dari JDT
Penggubal undang-undang Indonesia telah meluluskan kerakyatan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelab Liga Super Malaysia, Jordi Amat Maas.

Nancy Pelosi tiba untuk lawatan rasmi di Malaysia
Pesawat khas yang membawa ahli politik Demokrat itu bersama lima delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 10.33 pagi.

1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun
Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa.

Biden bertemu pemimpin perniagaan bincang ekonomi AS
Biden mengemukakan rancangan bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion sebagai tindak balas segera terhadap wabak.

Dewan Perwakilan boleh hantar pertuduhan terhadap Trump ke Senat seawal hari ini
Ia akan menentukan nasib Trump sama ada masih layak bertanding sebagai presiden di masa akan datang.