Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20Februari 2023.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata, Jepun telah mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan mesyuarat tergempar berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara.
2. Banjir | 36 maut akibat banjir dan tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 36 maut dan ratusan yang lain hilang tempat tinggal akibat banjir dan tanah runtuh di Brazil.
Korea Utara sekali lagi melancarkan peluru berpandu balistik di Pantai Timur negara itu pada Isnin. Saluran berita rasmi KRT mengesahkan, dua lagi peluru perbandu dilancarkan terhadap sasaran yang terletak lebih 300 kilometer dari pelancar roket.
Operasi mencari dan menyelamat yang berlanjutan hampir dua minggu selepas gempa bumi besar meragut lebih 40,000 nyawa kini hampir selesai, menurut agensi bencana Turkiye pada Ahad.
Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar pulang suspek pengedar dadah warga Itali bagi menghadapi pertuduhan di negara itu. Antonio Strangio ditahan selepas tujuh tahun dalam persembunyian kerana kesalahan berkaitan pengedaran dadah dan jenayah terancang.
Kebakaran berlaku kira-kira 7 malam waktu tempatan (1300 GMT) dan punca kejadian belum dapat dipastikan.
Seramai 19,436 anggota menjalankan misi SAR di kawasan bencana dan sejumlah 216,166 khemah telah dibina di zon gempa.
Kerajaan gabungan Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad mendakwa Duta Amerika Syarikat (AS) Tom Nides campur tangan dalam hal ehwal dalaman Israel.
Tragedi gempa kuat yang melanda bumi Turkiye dan Syria itu bakal merubah wajah bandar Gaziantep menjadi bandar kontena selepas 500 kontena diletakkan sebagai penempatan sementara penduduk.
Hospital di Idlib, Utara Syria mengalami kekurangan bekalan perubatan dalam usaha merawat dan membantu ribuan mangsa gempa bumi yang cedera. Gempa bumi itu juga menyebabkan bilangan kakitangan perubatan terjejas sekali gus meregangkan sistem kesihatan di sana.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

