Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 8, 2023 15:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mac 2023.
1. AS lapor lebih 100,000 kes COVID-19 kanak-kanak sejak 4 minggu lalu
Lebih 106,000 kes jangitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat dalam tempoh empat minggu lepas, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.
2. 21 maut bot terbalik di Laut Merah Yaman
Seramai 21 penumpang, termasuk 12 wanita dan tujuh kanak-kanak maut selepas bot yang dinaiki terbalik di Laut Merah,Yaman pada petang Selasa.
3. Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.
4. WHO: Ribuan di Ukraine alami kecederaan berkaitan perang
Ribuan rakyat Ukraine alami kecederaan akibat perang yang berlaku dengan Rusia.
5. Kos kerosakan gempa Turkiye dianggarkan lebih AS$100 bilion
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNDP menganggarkan kos kerosakan akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye 6 Februari lepas akan melebihi AS$100 bilion atau RM447.28 bilion.
6. Sheikh Mohammed dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Qatar
Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Selasa melantik Menteri Luar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani sebagai perdana menteri baharu negara itu.
7. Washington umum dana AS$26 juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk Rohingya
Amerika Syarikat umum dana sebanyak AS$26 juta sebagai bantuan kemanusiaan baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan tempat lain di Asia.
8. Rancangan kerajaan beri pampasan mangsa penjajahan Jepun ditolak
Penunjuk perasaan berhimpun dekat kedutaan Jepun di Seoul tuntut permohonan maaf kerajaan Jepun berhubungan penghambaan seks dan buruh paksa semasa penjajahan. Mereka turut tolak cadangan kerajaan wujudkan dana untuk bayar pampasan mangsa.
9. Permohonan permit umrah Ramadan 1444H kini dibuka
Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.
10. ASEAN kekal rakan dagang terbesar China
Perdagangan luar China menyaksikan perkembangan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, dengan jumlah import dan eksport direkodkan sebanyak RMB6.18 trilion (kira-kira RM4 trilion).
#COVID-19 #WHO #Ukraine #Turkiye #gempa bumi #Sheikh Mohammed #umrah