awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN kekal rakan dagang terbesar China

Bernama
Bernama
08/03/2023
08:48 MYT
ASEAN kekal rakan dagang terbesar China
ASEAN kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi China dengan nilai dagangan menyumbang 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negara ini.
BEIJING: Perdagangan luar China menyaksikan perkembangan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, dengan jumlah import dan eksport direkodkan sebanyak RMB6.18 trilion (kira-kira RM4 trilion).
Jumlah eksport mencecah RMB3.5 trilion (kira-kira RM2.26 trilion), menokok 0.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas manakala jumlah import sebanyak RMB2.68 trilion (kira-kira RM1.73 trilion), menurun 2.9 peratus.
Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), ASEAN kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi China dengan nilai dagangan menyumbang 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negara ini.
Untuk tempoh sama, import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat RMB2.12 trilion (kira-kira RM1.37 trilion), melonjak sebanyak 10.1 peratus.
Di samping itu, import dan eksport China dengan anggota lain Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pula mencatat RMB1.91 trilion (kira-kira RM 1.23 trilion), naik 3.1 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ASEAN
#perdagangan
#ekonomi
#import
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan