awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS lapor lebih 100,000 kes COVID-19 kanak-kanak sejak 4 minggu lalu

Bernama
Bernama
08/03/2023
04:59 MYT
AS lapor lebih 100,000 kes COVID-19 kanak-kanak sejak 4 minggu lalu
Terdapat keperluan untuk mengumpul lebih banyak data khususnya melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dan varian baharu serta potensi kesan jangka panjang. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Lebih 106,000 kes jangitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat dalam tempoh empat minggu lepas, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.
Menurut laporan itu, hampir 15.5 juta kanak-kanak di negara ini telah dijangkiti COVID-19 sejak wabak itu menular, lapor Xinhua.
Dalam tempoh lima bulan lalu, kes jangkitan membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan secara mingguan telah meningkat pada purata kira-kira 32,000 kes.
Terdapat keperluan untuk mengumpul lebih banyak data khususnya melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dan varian baharu serta potensi kesan jangka panjang.
Menurut AAP, terdapat kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak dan belia juga perlu dikenal pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Kanak-kanak
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan