Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mac 2023.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan perjanjian Arab Saudi-Iran untuk menyambung semula hubungan diplomatik selain memuji peranan yang dimainkan China dalam proses itu.
2. Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 44
Angka korban tanah runtuh di wilayah Kepulauan Riau meningkat kepada 44 orang pada Sabtu.
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengundi sebulat suara pada Jumaat untuk memastikan Pengarah Perisikan Kebangsaan, Avril Haines menyahklasifikasi maklumat tentang asal-usul COVID-19.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengarahkan lebih 1,500 orang berpindah dari komuniti pertanian California Utara yang terkenal dengan tanaman strawberi selepas tambak Sungai Pajaro pecah susulan banjir yang melanda negeri itu.
Syarikat induk Facebook, Meta Platforms akan menamatkan ketersediaan kandungan berita untuk warga Kanada di platformnya jika Akta Berita Dalam Talian negara itu diluluskan dalam bentuk semasa.
Sebuah roket yang dibina hampir sepenuhnya daripada bahagian bercetak 3D gagal dalam misi penerbangan pertamanya selepas beberapa kali percubaan.
Senat Perancis telah pun menerima pakai teks pembaharuan pencen, kata Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne.
Kementerian Dalam Negeri Iran pada Sabtu mengumumkan bahawa lebih 100 orang ditahan di 11 wilayah berhubung insiden keracunan membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.
Haiwan itu menghabiskan masa lebih empat dekad dalam kurungan di Marineland, zoo dan taman hiburan yang terletak di Niagara Falls, selepas ditangkap di perairan Iceland pada 1979 bersama Keiko, bintang filem "Free Willy".
10. xxx
xxx
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

