Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mac 2023.
Tunjuk perasaan di Paris memuncak selepas penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam.
2. Perkhidmatan awam Greece lumpuh akibat mogok, kemalangan kereta api korban 57 nyawa
Perkhidmatan awam Greece, termasuk sektor pengangkutan lumpuh selama 24 jam akibat mogok di seluruh negara ekoran kemalangan kereta api bulan lepas.
Ekonomi Rusia mula berkembang mengikut "model baharu," kata Presiden Vladimir Putin pada Khamis.
New Zealand akan melarang aplikasi TikTok bagi peranti yang mempunyai akses kepada sistem rangkaian Parlimen.
Kerajaan United Kingdom (UK) mengharamkan para pegawainya menggunakan aplikasi media sosial, TikTok, iaitu tindakan yang sama dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).
Kerajaan Pakistan menolak spekulasi bahawa kuasa Barat mungkin menggunakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memaksanya menyekat program nuklear dan peluru berpandu sebagai balasan kepada sokongan kewangan.
Hamas beri amaran kepada Israel bahawa sebarang perubahan terhadap status quo Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan menyebabkan kawasan itu berubah seperti dilanda gempa bumi.
Platform beli-belah dalam talian Indonesia akan menyenaraihitam dan menyekat peniaga yang menjual pakaian terpakai import, menurut Persatuan E-Dagang Indonesia pada Khamis.
Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy di Malawi kini mencecah 326 orang.
Seorang remaja 16 tahun dilapor menembak ibunya sebelum membunuh dua anggota polis yang tiba di kediaman mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

